My Add

Thursday 21 March 2013

8 pengganas Kiram didakwa

 *SALAH seorang pengganas yang dibawa dari Lahad Datu dikawal ketat dua
 anggota polis di IPD Tawau, semalam.

LAHAD DATU,  20 Mac, 2013: Dua daripada lapan lelaki pengikut kumpulan pengganas Kiram yang menceroboh negeri ini, berhadapan dengan hukuman mati apabila mereka didakwa di sini hari ini atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-duanya, Basad Manuel dan Atik Hussin didakwa mengikut Seksyen 121 yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang membawa hukuman mati.

Enam lagi iaitu Holland, Lin Saleh, Timhar, Habil, Kadir Buyong dan Lating didakwa mengikut Seksyen 130K(A) kanun tersebut yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Kelapan-lapan mereka yang berumur antara 17 hingga 66 tahun itu ialah antara 108 individu dari selatan Filipina yang ditahan di bawah SOSMA dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna sejak 12 Februari lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment