My Add

Thursday 14 March 2013

ABIM saman Utusan, tuntut RM10 juta

KUALA LUMPUR, RABU, 13 Mac, 2013: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. untuk menuntut ganti rugi RM10 juta atas dakwaan syarikat itu menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapnya.

Artikel yang didakwa berbaur fitnah itu bertajuk Pas benarkan tarian lucah, ABIM hina isteri Rasulullah? yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 8 Februari lalu di muka surat 11.

Writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan melalui Tetuan Anwar Ismail & Associates di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam saman itu, Amidi selaku pihak plaintif menamakan Utusan Melayu; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; dan Pengarang Berita Utusan Online, Lukman Ismail sebagai pihak defendan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment