My Add

Friday 15 March 2013

Ajmain cerita hampir disembelih leher

LAHAD DATU, KHAMIS, 14 Mac, 2013: "Jika tidak kerana kuasa Allah, saya sudah tiada hari ini akibat disembelih oleh kumpulan pengganas Sulu".

Itulah yang diceritakan seorang penduduk Kampung Tanjung Batu, Ajmain Mahmod (gambar), 35, mengenai detik-detik cemas ketika pengganas itu memasuki kampung berkenaan sebelum menjadikannya tawanan pada 4 Mac lalu.

Katanya, dalam kejadian itu, kira-kira 60 pengganas bersenjata api dan parang menuduhnya bertanggungjawab melaporkan kehadiran mereka kepada pasukan keselamatan.

"Saya turut ditampar berkali-kali dan disepak sebelum diugut untuk disembelih di hadapan keluarga sebagai pengajaran kepada penduduk kampung yang lain.

"Saya bernasib baik kerana ada seorang pengganas itu, saya rasa ketua mereka yang menghalang tindakan itu selepas saya merayu. Mereka kemudian menyuruh semua penduduk kampung berkumpul dalam satu kawasan," kata bapa kepada seorang anak itu semasa ditemui di Kampung Fajar Harapan di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment