My Add

Monday 11 March 2013

Akta Keselamatan: 91 ditahan dalam Ops Daulat

LAHAD DATU, AHAD, 10 Mac, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 91 orang di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam Ops Daulat di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu termasuk enam orang di Semporna sehingga setakat hari ini.

Pasukan itu turut menahan 66 individu kerana didapati memasuki kawasan operasi di sekitar Kampung Tanduo dan Tanjung Batu yang merupakan kawasan larangan pada hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, daripada jumlah 66 orang yang ditahan, seramai 27 individu telah ditangkap di dalam tiga buah bot berhampiran pesisir pantai Tanjung Batu di sini semalam.

"Tangkapan yang dibuat di bawah SOSMA akan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah negeri. Operasi pihak keselamatan diteruskan di dua kawasan utama di Kampung Tanduo serta Tanjung Batu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment