My Add

Wednesday 13 March 2013

Allahyarham Ahmad Hurairah dikebumi sebagai Wira Negara

 *JENAZAH Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terkorban ketika bertempur dengan pengganas Sulu di Lahad Datu tiba perkarangan rumah keluarganya untuk dikebumikan di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan hari ini. - UTUSAN

PASIR MAS, RABU, 13 Mac, 2013: Kepulangan jenazah wira negara, Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, ke kampung halamannya di Bayu Lalang di sini pada pukul 11.20 pagi ini dari Lahad Datu, Sabah, disambut dalam suasana hiba ahli keluarga, saudara-mara, rakan taulan dan penduduk kampung di situ.

Ibu bapa Allahyarham, Ismail Hussin, 55, dan Rahmah Mahat, 50, juga dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan menangis teresak-esak sebaik sahaja melihat sekujur tubuh anak mereka yang terkorban dalam Ops Daulat pada pukul 10.45 pagi semalam.

Kediaman keluarga Allahyarham mula dikunjungi orang ramai sejak

awal pagi ini sebaik sahaja berita mengenai tragedi yang melanda Ahmad Hurairah tersebar dan diketahui umum.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zainal Abidin yang turut mengiringi ketibaan jenazah Allahyarham telah menyerahkan Jalur Gemilang yang membaluti keranda Allahyarham kepada bapanya sebagai simbolik Ahmad Hurairah adalah wira negara.

Perjalanan kira-kira 500 meter jenazah Allahyarham untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bayu Lalang turut diiringi dengan tangisan oleh kebanyakkan ahli keluarga yang datang.

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan itu pada

pukul 12.50 tengah hari ini dengan diiringi adat istiadat ketenteraan.

Turut mengiringi upacara pengkebumian jenazah Allahyarham adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali; Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Panglima Markas 8 Bridged Kem Pengkalan Chepa, Datuk Mohd. Zaki Hamzah dan beberapa pemimpin lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment