My Add

Wednesday 13 March 2013

Allahyarham Ahmad Hurairah telah lakukan pengorbanan besar

KOTA BHARU, RABU, 13 Mac, 2013: Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang terbunuh dalam Ops Daulat pada pukul 10.45 pagi semalam di Lahad Datu, Sabah telah melakukan satu pengorbanan besar untuk negara dan perlu diangkat sebagai wira yang terhormat.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang sebak ketika ditemui pemberita berkata, Allahyarham adalah seorang pahlawan yang berani dan mempertaruhkan nyawanya sehingga terbunuh ketika berbalas tembakan dengan pengganas Sulu.

"Beliau terkorban sebagai wira dengan penuh hormat, marilah kita sama-sama mendoakan beliau diletakkan bersama para syuhadah kerana mempertahankan agama, bangsa dan negara.

"Allahyarham seorang tentera yang berani. Saya tidak dapat laporan penuh tetapi siasatan awal kami dapati beliau terbunuh ketika berbalas tembakan, beliau melihat musuh ketika itu dan saya yakin ramai juga musuh terkorban dan kita akan temui mayat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas upacara pengkebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bayu Lalang di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment