My Add

Saturday 23 March 2013

Aman Palestin hantar pasukan perubatan pertama ke Gaza

Oleh GAMAL NASIR MOHD. ALI
BANGI, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Untuk julung-julung kalinya, Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) akan menghantar pasukan pakar perubatan ke Gaza sebagai sebahagian daripada misi kemanusiaannya ke wilayah Palestin itu.

Ketua pasukan pakar perubatan itu, Dr Zainurrashid Zainuddin berkata, selain beliau, pakar perubatan berkenaan akan terdiri daripada lima pakar yang lain dan akan melaksanakan 21 operasi pembedahan ke atas 21 orang mangsa serangan Israel di kalangan penduduk Palestin.

“Operasi pembedahan ini akan merangkumi enam pembedahan ortopedik, 11 pembedahan urologi dan empat pembedahan neurologi.

“Kos keseluruhan yang berkaitan dengan pembedahan ini ialah sebanyak RM500,000," kata beliau dalam sidang akhbar di Hotel Equatorial di sini hari ini.

Pakar-pakar yang akan turut serta dalam rombongan seramai 18 orang ini termasuk Dr Hamid Gahazali dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Dr Md Mahir Abdullah dari Pusat Perubatan Shah Alam (SAMC), Dr Mohamed Ashraf Mohamed Daud dari Hospital KPJ Perdanadi Kota Bharu , Dr Mohamad Nor Sundari dari Pusat Perubatan Kuantan (KMC) dan Dr Zairul Nizam Zainol Fithri dari Hospital Pakar Senawang.

Misi Kemanusiaan Gaza yang ke-14 bagi tahun 2013 ini akan berlepas pada 26 Mac dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 April. - UTUSAN

Aman Palestin rayu RM800,000 bagi misi terbaharu

BANGI:Aman Palestin Berhad merayu sumbangan sebanyak RM800,000 bagi misi menghantar pasukan pakar perubatan ke Gaza, yang julung-julung kali dibuat oleh badan kemanusiaan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut berkata, badan itu akan menghantar pasukan pakar perubatan yang terdiri daripada enam doktor pakar dan akan melaksanakan 21 operasi pembedahan semasa berada di wilayah Palestin itu.

“Kos keseluruhan urusan berkaitan pembedahan di Gaza ialah sebanyak RM500,000. Di samping itu, Aman Palestin juga membiayai satu lagi pembedahan di Malaysia yang dianggarkan sebanyak RM300,000.

“Keseluruhan misi ini memerlukan kos pembiayaan sebanyak RM800,000. Sehubungan itu, kami merayu sumbangan dan bantuan bagi menjayakan misi kali ini," kata beliau dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Misi Kemanusiaan Gaza ini yang ke-14 bagi tahun ini dan akan berlepas ke Gaza melalui kaherah, Mesir pada 26 Mac dan pulang ke tanah air pada 8 April.

Aman Palestin dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Hospital Palestin di Gaza mengenal pasti 21 operasi pembedahan ke atas penduduk Palestin yang cedera akibat serangan rejim Zionis Israel di wilayah yang dikepung dan disekat itu.

“Jika semua berjalan dengan baik dan lancar, dan jika ada lagi keluangan masa, pasukan pakar perubatan mungkin dapat melakukan lebih banyak pembedahan kerana kami sebenarnya menyasarkan untuk melaksanakan 50 pembedahan," kata Awang Suffian.

Beliau berkata, pembedahan-pembedahan yang akan dijalankan di Gaza akan dilaksanakan oleh enam pakar perubatan di Malaysia dan dibantu dengan doktor-doktor tempatan Palestin.

“Kami berharap misi ini dapat memberi latihan di samping mendedahkan kepakaran terbaharu dan memperkenal peralatan terkini kepada doktor-doktor di Gaza," tambahnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment