My Add

Tuesday 12 March 2013

Anwar perlu jelas makna logo bendera PKR

 *MOHAMAD Ridhwan Batumalai Abdullah menunjukkan logo bendera
PKR yang meragukan serta membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah
 Ipoh, semalam.


IPOH, ISNIN, 11 Mac, 2013: Seorang bekas jurutera pentadbiran perniagaan yang pernah bekerja di Amerika Syarikat (AS) meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerangkan kepada rakyat makna logo yang mempunyai warna biru putih dan merah dalam bendera parti itu.

Mohamad Ridhwan Batumalai Abdullah @ Subramaniam Batumalai, 41, berkata, dia melihat bendera PKR itu mempunyai elemen dan ada persamaan dengan simbol pada mata wang sebuah negara yang biasa dilihatnya semasa bekerja di AS.

Menurutnya, perkara yang paling dibimbanginya ialah jika persamaan simbol itu menjurus kepada campur tangan pihak luar dalam hal ehwal negara jika pakatan pembangkang memerintah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment