My Add

Tuesday 12 March 2013

APMM gagalkan cubaan seludup rokok

JOHOR BAHRU, SELASA, SELASA, 2013: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 1,290 karton rokok kretek dan rokok putih bernilai RM140,000 dengan menggunakan sebuah bot pancung di perairan Parit Haji Salam, Batu Pahat, dua hari lalu.

Ketua Penguatkuasanya, Leftenan Komander Maritim Iskandar Ishak berkata, bot yang dipercayai dari negara jiran itu dikesan kira-kira pukul 4.30 pagi berhampiran pantai Tanjung Api-Api.

"Bot tersebut terus memecut laju ke kawasan berlumpur paya bakau ketika anggota APMM menghampirinya. Tekong bot kemudian nekad meredah kawasan berlumpur untuk melarikan diri, lalu gagal dikesan kerana keadaan persekitaran yang gelap," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Iskandar berkata, pemeriksaan di dalam bot yang ditinggalkan itu menemui 23 guni berisi rokok kretek dan rokok putih pelbagai jenama.

Beliau berkata, kesemua rokok dan bot berukuran enam meter panjang yang menggunakan sebuah enjin dengan 30 kuasa kuda itu kemudian dibawa ke Jeti APMM Pangkalan Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya.

"Sehubungan kejadian itu, APMM akan terus melakukan rondaan dan pemantauan di perairan negara bagi mencegah aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim.

"Orang ramai dalam masa yang sama diminta supaya membantu agensi penguatkuasa dengan melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment