My Add

Sunday 10 March 2013

APMM tambah kekuatan anggota di pantai timur Sabah

*AHMAD Maslan bertanyakan tentang senjata yang digunakan seorang anggota unit STAR Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika meninjau keadaan anggota agensi itu yang turut terlibat kawalan keselamatan ekoran pencerobohan pengganas Sulu, di Lahad Datu, Sabah hari ini. - UTUSAN/MOHD HAZLI HASSAN
 
Oleh MOHD. HAZLI HASSAN (Utusan Online)
LAHAD DATU 10 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menambah kekuatan anggota dan kapal maritim sehingga 60 peratus di sepanjang perairan pantai timur Sabah ekoran insiden pencerobohan pengganas dari Sulu di sini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tambahan itu termasuk lima lagi kapal marin (KM) yang aka tiba dari Semenanjung Malaysia.

Setakat ini kata beliau, pantai timur Sabah mempunyai 337 anggota dan 79 pegawai selain 24 aset APMM dalam mengawal perairan sepanjang kawasan berkenaan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment