My Add

Friday 8 March 2013

Artis veteran lapor polis kecam kenyataan biadab Tian Chua

 *AZIZ Satar (depan dua dari kiri) bersama 66 artis veteran mengangkat tangan sebagai tanda bantahan selepas membuat laporan polis berhubung kenyataan Tian Chua menyifatkan kejadian di Lahad Datu sandiwara UMNO, di Balai Polis Hulu Kelang, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO (Pelatih Peretak)

Oleh GARRET DAWUM
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Kira-kira 66 artis veteran membuat laporan polis bagi mengecam tindakan biadab dan kelancangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chang atau Tian Chua yang menyifatkan kejadian di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO.

Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV), Datuk Aziz Satar berkata, tindakan Tian Chua itu sudah melampaui batas dan nyata beliau berniat untuk memecah belahkan keamanan dan kedamaian negara Malaysia.

"Sehingga hari ini, tuduhan yang dikeluarkan tidak ditarik balik dan kami kira niat itu adalah berunsurkan kejahatan terhadap kententeraman awam.

"Selain itu, tindakan itu juga satu pengkhianatan terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sekaligus mencemarkan kedaulatan negara," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment