My Add

Tuesday 5 March 2013

ATM guna 3 pesawat F18, 5 Hawk - Zahid Hamidi

LAHAD DATU, SELASA, 05 Mac, 2013: Operasi serangan pasukan keselamata ke atas kumpulan penceroboh di sini hari ini menggunakan tiga buah pesawat pejuang F18 dan lima lagi jenis Hawk, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau juga mengesahkan tiada anngota keselamatan yang tercedera dalam operasi itu manakala di pihak pengganas Sulu pula belum dipastikan kerana Ops Sulu masih berlangsung.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula memberi jaminan bahawa operasi akan diteruskan selepas ini bagi memastikan keselamatan Sabah dan negara ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment