My Add

Saturday 9 March 2013

Azlan lebih percaya Anwar, berbanding anak sendiri

PASIR MAS, SABTU, 09 Mac, 2013: Dua bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak terkejut dengan tindakan Azlan Mohd. Lazim yang membuat pusingan 'U' dengan menyatakan bahawa anaknya, Mohd. Saiful Bukhari dipergunakan dalam kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi mereka, tindakan Azlan sudah dijangka sejak awal lagi kerana beliau adalah seorang ahli PKR serta penyokong tegar Anwar.

Malah mereka mengingatkan orang ramai supaya tidak terkejut sekiranya akan keluar lebih banyak cerita 'pelik' yang akan menguntungkan PKR dan pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Azlan perlu bersumpah laknat seperti yang dilakukan anaknya sekiranya benar semua dakwaan yang dibuatnya semalam.

"Saya tidak hairan dengan tindakan Azlan kerana beliau adalah seorang ahli PKR Temerloh dan juga penyokong tegar Anwar Ibrahim. Cuma saya terkilan sebagai bapa dia lebih mempercayai Anwar berbanding anaknya sendiri, oleh itu saya cadangkan kepada beliau sebelum memilih Anwar lebih baik bersumpah laknat sepertimana yang dilakukan anaknya.

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada bapa Saiful kerana telah menjadi jutawan bumiputera pada malam ini ketika pilihan raya umum akan menjelang tidak lama lagi.

"Sebenarnya dia (Azlan) pernah datang berjumpa saya dengan Senator Ezam Mohd. Noor di Hotel Hyyat Saujana Subang untuk meminta wang belanja serta meminta kami sampaikan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang lain, untuk apa UMNO bagi wang kepada dia kerana kes ini tidak melibatkan UMNO sama sekali," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah umum di Gelang Mas dekat sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment