My Add

Wednesday 13 March 2013

Azmin beri keterangan berhubung rakaman di YouTube

CYBERJAYA, RABU, 13 Mac, 2013: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberikan keterangan berhubung pembikinan sebuah video mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di laman Youtube.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak tiba pada pukul 2.30 petang dan disoal siasat selama lebih kurang tiga jam mengikut Seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Azmin berkata sebanyak 51 soalan ditanya berkenaan video bertajuk “Program Tukar Ke Orang Melayu" mengenai pemberian IC kepada warga asing". Komen pertama terhadap video ini ialah berhubung kenyataan media yang saya keluarkan pada 18 Jan lalu berkenaan pemberian IC di Sabah.

"Jadi saya disiasat sama ada saya terlibat dalam pembikinan atau memberi komen terhadap video ini," katanya.

Bagaimanapun Azmin menafikan penglibatannya berhubung video itu.

Beliau berkata, kerjasama penuh telah diberikan kepada SKMM bagi membantu siasatan dan berharap SKMM akan membuat siasatan secara profesional. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment