My Add

Thursday 14 March 2013

Azzumudie bawa 234 anggota

MANILA, RABU, 13 Mac, 2013: Azzumudie Kiram, adik kepada ketua Jamalul Kiram, dilaporkan membawa pengikutnya seramai 234 orang ketika mengetuai pencerobohan ke atas Sabah pada bulan lalu

Perkara itu didedahkan oleh seorang daripada anggota panel jawatankuasa khas yang dilantik oleh Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Filipina untuk menyiasat krisis pencerobohan Sabah, yang enggan dikenali.

Menurutnya, daripada jumlah itu, lapan daripada mereka adalah wanita, 10 lagi anggota bersenjata Kiram dan empat anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang dipinjamkan.

Laporan sebelum ini menyatakan hanya 150 pengikut Kiram yang diketuai Azzumudie yang menceroboh Sabah dan mendarat di Lahad Datu pada 11 Februari lalu.

Azzumudie dan pengikutnya juga dilaporkan telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil dalam usaha mereka mengelak daripada diburu oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Azzamudie juga dilaporkan masih berada di Sabah dan kini terkepung.

Pihak berkuasa Malaysia berkata, lebih 60 pengikut Kiram telah terbunuh setakat ini dalam operasi besar-besaran memburu pengikut Jamalul Kiram dengan lebih seratus orang lagi berjaya ditahan. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment