My Add

Thursday 14 March 2013

Beberapa fakta buku Sayangi Kedah Sejahter mengelirukan: Ahmad Bashah

ALOR SETAR: Buku 'Sayangi Kedah Sejahtera' yang diterbitkan kerajaan negeri Kedah mempunyai beberapa fakta yang mengelirukan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahlamd Bashah Md Hanipah.

Menyifatkan buku itu seperti nyiru yang digunakan untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri PAS itu, beliau berkata, antara fakta yang mengelirukan ialah kononnya hasil premium balak meningkat sehingga 205 peratus.

Katanya, dalam buku itu kerajaan negeri mendakwa peningkatan premium balak bukan kerana mereka rakus menebang balak tetapi secara logiknya apabila lebih banyak kawasan balak ditebang, lebih banyaklah hasil premium.

"Tetapi laporan Ketua Audit Negara tahun 2011 menyatakan pada tahun 2009 sebanyak 6,093 hektar kawasan balak telah diluluskan untuk ditebang sementara pada tahun 2010 sebanyak 7,856 hektar diluluskan. Ia adalah peningkatan sebanyak 1,762 hektar atau 35 peratus.

"Kenapa dalam buku itu tidak menyebut jumlah yang ditebang mengikut tahun tetapi hanya menyebut had catuan tebangan tahunan yang ditetapkan Majlis Perhutanan Negara. Nampak sangat mereka cuba manipulasi fakta dalam kes pembalakan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, laporan mengenai Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pula hanya indah khabar daripada rupa dan tidak dapat menutup kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran Kuin.

Ahmad Bashah berkata, kerajaan negeri juga mengaku sudah membina sebanyak 12 masjid antara 2008 sehingga 2012 sedangkan hakikatnya peruntukan pembinaan masjid itu adalah daripada kerajaan pusat.
"Walaupun dalam buku terebut kerajaan negeri mendakwa mereka telah berjaya mentadbir Kedah dalam tempoh lima tahun, tapi saya yakin rakyat lebih arif untuk menilai," katanya.

Katanya, pengedaran buku tersebut tidak berupaya menukar penilaian rakyat bahawa kerajaan Kedah di bawah pimpinan PAS adalah gagal. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment