My Add

Friday 8 March 2013

Bekalan keperluan asas di Lahad Datu, Semporna dan Kunak mencukupi

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bekalan keperluan asas di Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah mencukupi.

Beliau berkata, kementerian itu sentiasa memantau bekalan bahan keperluan seperti gula, beras, gandum, minyak masak, petrol dan diesel serta bersedia menambah jika berlaku kekurangan.

"Setakat hari ini, mengikut laporan yang kita terima bekalan masih mencukupi. Kita pantau setiap masa kerana tak mahu terlalu banyak khabar angin menyebabkan orang ramai membuat pembelian panik," katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, pagi ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment