My Add

Sunday 24 March 2013

Bekas pemimpin PKR terima ugutan bunuh

 NG LUM YONG
KUALA LUMPUR, SABTU, 23 Mac, 2013: Beberapa bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk salah seorang pengasasnya, Ng Lum Yong didakwa menerima ugutan bunuh dipercayai kerana mengadakan ceramah yang mendedahkan perilaku Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada orang ramai.

Lum Yong ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

"Saya terima panggilan daripada seorang lelaki pukul 2.45 pagi ini yang meminta saya berhenti berceramah atau nyawa saya melayang," katanya.

Menurut Lum Yong, beliau tidak takut dengan ugutan itu malah lebih bersemangat untuk berceramah dan menceritakan kebenaran.

Sementara itu, penulis blog, Papagomo turut mendakwa beliau menerima maklumat mengenai ugutan bunuh itu daripada Lum Yong sendiri yang dikatakan menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak tidak dikenali.

"Gomo telah menghubungi Ng Lum Yong malam tadi dan beliau mengesahkan menerima panggilan telefon dan sms ugutan serta meminta Ng Lum Yong berhenti daripada meneruskan ceramahnya yang mendedahkan perilaku sumbang dan kegiatan jahat Anwar Ibrahim," katanya dalam blog www.papagomo.com hari ini.

Papagomo berkata, menurut Lum Yong juga, rakan-rakan bekas pimpinan PKR yang turut sama dalam menjelaskan kepada rakyat tentang kejahatan dan pengkhianatan Anwar turut mendapat ugutan sama.

Ini termasuk Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor, Muhammad Zahid Mat Arip dan beberapa lagi nama lain.

Papagomo berkata, pendedahan demi pendedahan yang dilakukan bekas-bekas pemimpin PKR akan mendatangkan impak besar buat Anwar.

Katanya, ia sekali gus mematikan langkah Anwar untuk memegang tampuk kuasa Perdana Menteri seperti yang diidamkannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment