My Add

Tuesday 26 March 2013

Berhenti politikkan isu Lahad Datu, tubuh RCI: Kit Siang:


KULAIJAYA, ISNIN, 25 Mac, 2013: Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini meminta semua pihak berhenti mempolitikkan isu pencorobohan Lahad Datu.
Sehubungan itu, katanya, sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi mengetahui punca sebenar berhubung insiden yang telah mengorbankan 10 anggota keselamatan negara itu.

"Kita mengalu-alukan penubuhan RCI ini supaya kita boleh faham kenapa perkara seperti ini boleh berlaku yang melibatkan kedaulatan negara.

"Saya tidak mahu menuding jari terhadap sesiapa kerana perkara ini melibatkan isu nasional dan sebab itu juga saya minta semua pihak sama ada parti pemerintah atau pembangkang supaya tidak mempolitikkan isu ini," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri ceramah umum di Pejabat DAP Kelapa Sawit, dekat sini yang dihadiri kira-kira 100 orang termasuk pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau.

Kit Siang meminta agar ahli-ahli RCI itu terdiri daripada mereka yang benar-benar bebas dan profesional yang dipersetujui oleh semua pihak agar tidak digunakan untuk menaikkan (imej) mana-mana parti politik.

"Kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan adakan perbincangan dengan parti pembangkang dalam isu ini dan jangan main politik.

"Kita tidak mahu main politik dalam hal ini dan kita harap Barisan Nasional juga sama," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment