My Add

Thursday 14 March 2013

Bina rumah penjawat awam atas tanah negeri

KUCHING, RABU, 13 Mac, 2013: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyarankan setiap kerajaan negeri memanfaatkan tanah milik masing-masing dengan membina rumah kos rendah khusus untuk penjawat awam.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, buat masa ini masih ramai penjawat awam tidak mampu membeli rumah sendiri berikutan harganya melambung naik.

Katanya, pembinaan rumah di atas tanah milik kerajaan negeri mampu dijual dengan harga lebih rendah berbanding pasaran semasa.

“Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa baru-baru ini mengumumkan kerajaan bercadang membina rumah untuk penjawat awam di atas tanah milik kerajaan di Putrajaya. Kosnya pula 25 peratus lebih murah dan bagi kami, cadangan itu amat baik serta perlu disokong.

“Kita harap kerajaan-kerajaan negeri pun mengambil inisiatif sama dengan membina rumah di atas tanah milik masing-masing supaya dapat kurangkan kos beli tanah dan dijual lebih murah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment