My Add

Wednesday 6 March 2013

Blog cuba jawab isu tidak ziarah anggota polis terkorban

KUALA LUMPUR, RABU, 06 Mac, 2013: Sebuah blog propembangkang cuba menjawab persoalan tentang ketiadaan pemimpin dari parti itu menziarahi para anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden serangan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Suara Pakatan Rakyat antara lain berkata, salah satu sebab para pemimpin terbabit tidak menziarahi mangsa-mangsa serangan hendap pengganas itu adalah kerana mahu menjaga hubungan mereka dengan pihak-pihak berkaitan di Filipina.

“Untuk menjaga hubungan akrab antara pemimpin pakatan rakyat dengan pihak-pihak berkaitan di Filipina, antaranya Nur Misuari sendiri memandangkan isteri Nur Misuari juga adalah antara yang menuntut hak Kesultanan Sulu ini.

“Selain itu ketiadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam upacara pengkebumian jenazah Inspektor Zulkifli Mamat di Terengganu juga atas alasan yang sama. Lagipun sudah ada ramai orang yang boleh menguruskan majlis tersebut dan kehadiran beliau tidak begitu penting sangat," kata blog ini dalam entri terbaharunya hari ini.

Blog itu turut menganggap ketidakhadiran pemimpin pembangkang memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa insiden berdarah di Lahad Datu itu bukan isu yang besar yang perlu dibincangkan.

Sebanyak lapan anggota keselamatan gugur selepas diserang hendap oleh anggota pengganas Sulu yang menceroboh negara ini di Lahad Datu dan Semporna.

Daripada jumlah itu, dua terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu manakala enam lagi di Kampung Srijaya, Semporna.

Blog itu turut mendakwa, para pemimpin pembangkang juga berkecil hati kerana ada pihak yang mengaitkan penglibatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam insiden pencerobohan tersebut selain keengganan kerajaan mengadakan perbincangan meja bulat. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment