My Add

Tuesday 12 March 2013

Blog Stop The Lies siar kembali rakaman Karpal minta Anwar bertaubat

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Mac, 2013: Laman blog Stop The Lies, http://stopthelies.my bertindak menyiarkan kembali rakaman sidang akhbar Pengerusi DAP, Karpal Singh yang antara lain meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat.

Rakaman sidang akhbar yang berlangsung pada 2009 itu memperlihatkan kekecewaan Karpal terhadap Ketua Pembangkang itu kerana mempromosi budaya lompat parti.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga melahirkan rasa kesal kerana pemimpin-pemimpin DAP tidak bersama menyokong beliau.

"Saya turut kesal pemimpin dari parti saya sendiri tidak menyokong saya. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya menyokong saya. Bukannya mengeluarkan kenyataan menyokong Anwar Ibrahim.

"Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai masalah kepada negara ini. Anwar Ibrahim harus bertaubat." - UTUSAN

No comments:

Post a Comment