My Add

Wednesday 20 March 2013

BN atasi masalah kawasan pembangkang

SEREMBAN, SELASA, 19 Mac, 2013: Pembangkang tidak pernah membangkitkan permasalahan yang dihadapi rakyat di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama membabitkan penduduk di Taman Pelangi Sikamat, dekat sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hanya selepas diketahui kerajaan Barisan Nasional (BN) secara kerap turun padang, masalah tiada sijil layak menduduki di taman perumahan berkenaan dapat diatasi dengan sebaiknya.

"'Hari ini kita turun ke Taman Pelangi Sikamat untuk menyampaikan sijil layak menduduki. Ini maknanya kerajaan BN prihatin dan mahu melihat rakyat hidup dalam keadaan selesa tanpa bimbang soal sijil ini lagi," katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian sijil layak menduduki bangunan Taman Pelangi Sikamat, dekat sini semalam.

Dalam majlis itu, sebanyak 206 penduduk di taman berkenaan menerima sijil tersebut daripada Mohamad. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment