My Add

Tuesday 5 March 2013

BN Batu Pahat tubuh tabung khas Lahad Datu

BATU PAHAT, SELASA, 05 Mac, 2013: Barisan Nasional (BN) Batu Pahat hari ini menubuhkan tabung khas bagi membantu keluarga anggota polis anak kelahiran daerah ini yang terbunuh dan cedera dalam kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tabung berkenaan diharap dapat meringankan beban keluarga Allahyarham Sarjan Abd Azis Sarikun dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli.

Abd. Azis, 48, dari PGA Batalion 14 Tawau berasal dari Kampung Parit Punggur Darat, Rengit, dekat sini manaka Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22, yang cedera ditembak di bahu dan kedua-dua kaki merupakan anak kelahiran Kampung Kelicap, Senggarang.

"Kutipan diharap dapat membantu empat anak Abd. Aziz yang masih kecil.

Seorang anak arwah masih belajar di Kolej Matrikulasi, Labuan dengan yang bongsu baru berusia empat tahun.

"Arwah juga mempunyai ibu yang uzur dan tabung ini akan membantu mereka.

Kita ikhlas membantu mereka dan kita juga berbangga dengan perwira negara yang berkorban untuk mempertahankan negara," katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat Parlimen Batu Pahat, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yeong Chang, Sungai Suloh, di sini.

Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Mohd. Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, kutipan tabung itu juga akan diagihkan kepada Mohamad Qaiyum'aiqal, bagi membantunya yang berhasrat menyambung pelajaran di universiti.

Sehubungan itu, beliau berharap, orang ramai tampil menghulurkan sumbangan dan terus mendoakan keselamatan polis dan tentera yang sedang bertugas di Lahad Datu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment