My Add

Wednesday 20 March 2013

BN laksana projek bukan didesak

Oleh Ainol Amriz Ismail
SEREMBAN, SELASA, 19 Mac, 2013: Pembangkang terus menjadikan pentas ceramah mencanangkan kepada orang ramai kononnya segala kerja yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah desakan yang dibuat mereka.

Terbaharu, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani dalam ceramah di sini baru-baru ini mengakui, beliau adalah pejuang yang meminta kerajaan membuat persimpangan Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) yang baharu di Paroi selepas berlaku kesesakan teruk.

"Akhirnya cadangan saya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu diterima. Kerajaan akhirnya laksana projek itu," katanya.

Dalam ceramah itu juga, Mohammad Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi menyebut projek pembangunan Klinik Kesihatan Senawang adalah hasil desakan yang dibuat beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment