My Add

Wednesday 13 March 2013

BN tekad rampas Selangor: Najib

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Mac, 013: Barisan Nasional (BN) bertekad merampas semula Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) supaya rakyatnya bebas daripada belenggu masalah yang rakyat di negeri itu, sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kesulitan dihadapi rakyat Selangor sejak hampir lima tahun lalu mendorong BN berusaha sedaya upaya untuk kembali menerajui negeri itu.

“Insya-Allah jika diberi mandat kita akan lakukan pembangunan selaras kehendak kerajaan Pusat,” katanya dalam program ‘Perbualan Bersama PM’ di TV3, malam ini.

Beliau berkata, masalah yang tidak sepatutnya dipolitikkan seperti bekalan air gagal ditangani kerana masih tidak memperoleh Perintah Pembangunan (DO) daripada kerajaan negeri untuk projek Langat 2.

Katanya, ia menyebabkan Kerajaan Pusat membelanjakan RM600 juta dan menambah RM121 juta lagi bagi mencari penyelesaian jangka pendek untuk rakyat Selangor.

“Bagi menjamin bekalan berterusan, Langat 2 perlu diteruskan. Jika tidak ia akan menyusahkan rakyat,” katanya. - BH

No comments:

Post a Comment