My Add

Tuesday 12 March 2013

Bo La Wei untuk sedarkan rakyat Kelantan - Eddie Hamid

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Mac, 2013: Komposer lagu Bo La Wei, Eddie Hamid hari ini memberitahu akan tetap meneruskan perjuangannya untuk menyedarkan rakyat Kelantan walaupun menerima kritikan berterusan dari penyokong fanatik parti pembangkang.

Lagu Bo La Wei ciptaannya yang dimuat naik ke laman YouTube baru-baru ini, menerima ratusan komen yang tidak berpuas hati dengan lirik lagu itu.

Menurut Eddie, sebagai anak Kelantan dia mahu menggunakan haknya untuk membantu rakyat di negeri itu.

"Saya tidak takut dengan ugutan yang diterima, saya hanya melakukan perkara betul.

"Menerima komen daripada mereka yang tidak berpuas hati, saya pasti ramai lagi di luar sana yang bersetuju dengan saya," katanya yang memberitahu makna Bo La Wei sebagai cara untuk menerangkan sesuatu itu harus dihentikan.

Eddie juga memberitahu, dia kini dalam proses mencipta lagu khas buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berjudul Untukmu Najib. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment