My Add

Wednesday 6 March 2013

BR1M akan jadi institusi bantuan rakyat yang lestari: TPM

BATU PAHAT, SELASA, 05 Mac, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan menjadi institusi bantuan rakyat yang lestari dalam membela nasib golongan berpendapatan rendah.

Berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat di Sungai Suloh di sini, Muhyiddin berkata, bantuan itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menguruskan kewangan negara dengan baik, sekali gus menolak dakwaan pembangkang mengenai negara ini akan bankrap.

"Sudah ada BR1M dan (BR1M) 2.0 dan akan ada BR1M 3.0, 4.0, 5.0 dan 6.0 sekiranya BN terus mentadbir negara. Kita (BN) uruskan dana dengan baik dan yang mana (rakyat) kita boleh tolong, kita akan tolong," katanya pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Muhyiddin berkata, kemampuan negara menguruskan kewangan sejak 56 tahun lalu diakui negara luar dan ini bertentangan dengan pengurusan kewangan pembangkang yang mencadangkan mahu menghapuskan tol, pinjaman pelajaran dan menurunkan harga minyak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment