My Add

Wednesday 20 March 2013

BR1M diteruskan - PM

 *NAJIB bersama Muhyiddin melihat buku laporan GTP selepas beliau
membentangkan laporan tahunan Program Transformasi Negara 2012
 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, malam tadi.
 - Utusan/Izham Jaafar

KUALA LUMPUR,SELASA, 19 Mac, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan kerajaan akan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai inisiatif tahunan kepada rakyat yang berkelayakan.

Pengumuman itu dibuat pada akhir ucapan pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara 2012 yang mengandungi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini malam ini.

Sebelum itu dalam pembentangannya, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil keputusan melanjutkan program BR1M, selain memperluaskan skop program itu kepada individu bujang.

"Ini melibatkan peruntukan sebanyak lebih RM2.34 bilion dan memberi manfaat kepada lebih enam juta rakyat Malaysia," ujar Perdana Menteri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pemberian bantuan persekolahan RM100 telah memberikan manfaat kepada 5.24 juta pelajar, melibatkan peruntukan RM524 juta.

"Bagi para pelajar yang sedang menuntut di universiti serta kolej, pemberian RM250 sebagai Baucar Buku 1Malaysia telah memanfaatkan lebih 390,000 penuntut dengan peruntukan lebih RM95.7 juta," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sebagai bukti keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dalam menanggung kos kehidupan seharian yang semakin meningkat, kerajaan telah memperuntukkan RM37.8 bilion bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian yang mana sebanyak RM22.3 bilion untuk subsidi, RM873.5 juta (insentif) dan RM14.6 bilion (bantuan). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment