My Add

Thursday 14 March 2013

BSN lantik Pengerusi baru

KUALA LUMPUR, khamis, 14 mac, 2013: Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan pelantikaTan Sri Abu Bakar Abdullah sebagai Pengerusinya menggantikan Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 Jun, 2009.

Abu Bakar, bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, yang dilantik oleh Menteri Kewangan, akan berkhidmat sebagai Pengerusi BSN untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Mac 2013.

Beliau memulakan kerjaya pada 1977 di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebagai Penolong Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, jawatan yang dipegang beliau sehingga 1982.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Industri Kereta Motor sehingga 1986.

Beliau seterusnya telah berkhidmat di Kementerian Pertahanan sehingga 2001.

Pada 2001, beliau dilantik sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan Perancangan Lembah Klang di bawah Jabatan Perdana Menteri dan tiga tahun kemudian iaitu pada 2004 telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada tahun 2007 sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia pada 2010. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment