My Add

Thursday 7 March 2013

Buku Cuit koleksi kolum tulisan Zaini Hassan kini di pasaran


*TUN Dr. Mahathir Mohamad melancarkan buku Cuit tulisan Zaini Hassan (kanan),
 sambil diperhatikan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Datuk Raja Arif Ali (kiri) di 
Auditorium Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/HAFIZ JOHARI

 *FIRNA Ekapuri menunjukkan buku Cuit pada majlis pelancaran buku itu di
 Auditorium Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur, hari ini.
- UTUSAN/HAFIZ JOHARI

KUALA LUMPUR, RABU, 06 Mac, 2013: Kolum mingguan setiap Rabu dalam akhbar Utusan Malaysia karya Penolong Ketua Pengarang 1, akhbar tersebut, Datuk Zaini Hassan, dihimpunkan menjadi sebuah buku berjudul Cuit.

Buku tersebut dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena program 'Bicara Perkongsian Pengalaman Membina Negara' di Auditorium Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.

Zaini berkata, beliau bersyukur apabila karya sumbangannya diiktiraf dan berharap pembaca dapat mempelajari sesuatu tentang politik baru yang berlaku di dalam negara.

Beliau menambah, ahli-ahli politik seharusnya lebih berfikiran 'baru' dalam menuju ke arah Wawasan 2020.

"Kita bukan lagi dalam era politik 70-an mahupun 80-an, jadi pemikiran baru perlu diamalkan oleh ahli-ahli politik tidak kira pembangkang mahupun prokerajaan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican yang mengulas buku tersebut berkata, ia merupakan salah satu penulisan penting tentang kehidupan politik Malaysia yang masih dalam peringkat kematangan.

"Penulisan beliau menambah semangat baru rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu sekali gus mampu mempengaruhi rakyat" katanya.

Cuit ialah nama kolum mingguan setiap Rabu dalam akhbar Utusan Malaysia.

Ia mula diterbitkan pada 2008 sebaik sahaja tsunami politik melanda Malaysia.

Tulisan dalam buku ini adalah koleksi empat tahun Cuit yang tersiar sehingga Disember 2012.

Buku itu dipasarkan dengan harga RM35 senaskhah di Semenanjung Malaysia dan RM38 di Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment