My Add

Sunday 24 March 2013

Calonkan Anwar di Lumut untuk tagih simpati

PANGKOR, SABTU, 23 Mac, 2013: Cadangan pembangkang supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding bagi kerusi Parlimen Lumut pada Pilihan Raya Umum ke-13 dilihat sebagai satu tindakan terdesak dan cuba menagih simpati rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pembangkang khasnya di negeri ini semakin kehilangan sokongan berikutan pelbagai pendekatan yang dibuat Barisan Nasional (BN) dalam usaha membantu rakyat.

"Itu adalah hak mereka tetapi saya hairan dan agak teruja apabila Ketua Pembangkang itu dicadangkan bertanding di Lumut. Kita melihat tindakan membawa Anwar bertanding di Perak sebagai suntikan semangat kepada pembangkang bagi mengatasi kelebihan BN yang terus mendapat tempat di hati rakyat,” katanya di sini semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment