My Add

Thursday 7 March 2013

Ceroboh kerana wang?

KUALA LUMPUR, RABU, 06 Mac, 2013: Tindakan kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dipercayai dilakukan semata-mata mahu mendapatkan wang.

Perkara itu didedahkan Senator Filipina, Miriam Defensor- Santiago menerusi laporan yang disediakan Philippine Daily Inquirer semalam.

Dalam temu bual portal berita negara tersebut melalui telefon, Santiago memberitahu, pihak yang mendakwa sebagai Kesultanan Sulu perlu mendedahkan niat sebenar mereka untuk merebut Sabah.

"Adakah sama ada tindakan itu dibuat demi memperluaskan wilayah Filipina atau sekadar mengisi 'poket' keluarga itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan yang dipetik di portal berita Filipina, Inquirer.net.

Menurut Santiago, pihak yang mendakwa Kesultanan Sulu perlu menjawab terlebih dahulu persoalan berhubung sebab dan tujuan mereka membuat tuntutan ke atas Sabah itu.

Beliau turut berpendapat kumpulan penceroboh itu bertindak sendiri tanpa berunding dengan Presiden.

''Bagi pihak siapa mereka menuntut kembali Sabah? Adakah atas sebab-sebab peribadi atau keluarganya atau bagi pihak semua warga Filipina?

''Pihak terbabit perlu menjawab tindakan pencerobohan yang mereka lakukan itu atau akan dianggap sebagai satu tindakan provokasi ke atas Malaysia,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment