My Add

Sunday 10 March 2013

Cubaan jatuhkan kredibiliti kerajaan, media melalui saman

JOHOR BAHRU, SABTU, 09 Mac, 2013: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Utusan Melayu (M) Bhd. dan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) berhubung laporan yang mengaitkannya dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah disifatkan sebagai cubaan menjatuhkan kredibiliti kerajaan dan media tempatan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, Ketua Pembangkang itu sewajarnya mengambil tindakan serupa terhadap sumber asal berita tersebut iaitu akhbar Filipina, Inquirer dan The Manila Times serta agensi berita antarabangsa, Reuters jika benar ingin mencari kebenaran.

"Tindakan berkenaan adalah gimik politik pihak pembangkang semata-mata. Perkara ini tidak wajar dan lebih kepada soal politik dia (Anwar). Kalau betul dia mahu cari kebenaran dan bersihkan nama, sepatutnya ambil tindakan terhadap pihak yang mengeluarkan cerita atau berita itu terlebih dulu (The Manila Times atau Reuters). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment