My Add

Monday 11 March 2013

Cukai naik, kemasukan ke IPT kurang
JOHOR BAHRU, AHAD, 10 Mac, 2013: Rakyat di negara ini khususnya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) bakal berdepan dengan dua kemungkinan iaitu kenaikan cukai pendapatan serta pengurangan jumlah kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) sekiranya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan memerlukan peruntukan besar untuk menyediakan pendidikan percuma sekiranya ingin tabung berkenaan dimansuhkan seperti yang terdapat dalam manifesto pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment