My Add

Saturday 9 March 2013

Daftar, rayu BR1M 2.0 menjelang akhir minggu depan

RAWANG, SABTU, 09 Mac, 2013: Kementerian Kewangan menggesa semua warga Malaysia yang layak, tetapi belum mendaftar atau merayu terhadap penolakan permohonan bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, untuk berbuat demikian menjelang akhir minggu depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, Perbendaharaan akan menggantung perkhidmatan kaunter-kaunternya bagi penerimaan permohonan baharu dan rayuan, bagi kedua-dua bantuan isi rumah tidak berulang sebanyak RM500 serta bantuan kewangan individu sebanyak RM250, pada pertengahan bulan ini.

"Justeru itu, saya ingin meminta semua warga Malaysia supaya tidak ketinggalan daripada bantuan tulen yang diberikan oleh kerajaan ini dan mendaftar secepat mungkin.

"Kita akan menutupnya dalam kerangka masa yang ditetapkan kerana Perbendaharaan perlu memberikan tumpuan kepada banyak lagi isu penting yang lain," kata Lim kepada pemberita selepas melancarkan sebuah buku yang ditulis oleh pelajar bertajuk "Judge Us Not", di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan BRIM 2.0 tidak berulang sebanyak RM500 kepada isi rumah yang pendapatannya tidak melebihi RM3,000 sebulan.

BR1M bernilai RM250 juga diumumkan bagi orang bujang yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment