My Add

Saturday 23 March 2013

DAP bertanding sebagai calon Bebas?
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Mac, 2013: DAP tidak menolak kemungkinan akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum akan datang jika pendaftaran parti itu dibatalkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pada masa yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga membayangkan kemungkinan calon parti itu akan menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Pas sebagai lambang kesatuan pembangkang.

"Calon DAP mungkin bertanding sebagai calon Bebas atau kita pinjam simbol PKR atau Pas. Saya sendiri mungkin bertanding menggunakan simbol Pas pada pilihan raya umum nanti," katanya sebagaimana dipetik daripada laman Twitternya hari ini.

Sementara itu, ketika bercakap dengan akhbar berbahasa Cina, China Press, Kit Siang memberitahu, kemungkinan tersebut tidak boleh ditolak kerana ROS kini dilihat serius mahu mengambil tindakan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment