My Add

Friday 8 March 2013

DAP biadab hina masyarakat India

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta 'arak' dianggap sebagai sangat menghina dan menjijikkan.

Bekas Ketua Cawangan Pantai Sepang, R. Vellasamy berkata, sebagai pemimpin sebuah parti yang kononnya membela nasib semua kaum, Koo Ham tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan biadab dan kurang ajar tersebut.

"Mengapa beliau 'menuduh' kami dengan begitu keji? Adakah harga maruah kami hanya dengan sogokan sari dan todi? Mungkin Koo Ham tidak senang duduk melihat sokongan India berkurangan di kawasannya sehingga terdesak mengeluarkan kenyataan sebegitu hina.

"DAP sudah semakin melampau. Ini juga bukan pertama kali mereka membuat kenyataan seperti ini. Masyarakat India perlu mengajar pemimpin biadab seperti ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment