My Add

Tuesday 5 March 2013

DAP P. Pinang nafi syarikat RM2 dapat projek mega

PULAU PINANG, ISNIN, 04 Mac, 2013: Kerajaan DAP negeri hari ini menafikan dakwaan pemberian projek mega bernilai RM6.3 bilion kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM2.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dalam kenyataan bersama Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait berkata, projek mega yang melibatkan pembinaan tiga lebuh raya dan sebuah terowong dasar laut itu akan melibatkan usahasama antara syarikat kontraktor berkepakaran tinggi.

Tegasnya, syarikat RM2 yang dimaksudkan iaitu Konsortium Zenith BUCG Sdn. Bhd., adalah sebuah syarikat tujuan khas yang merupakan konsortium usahasama antara syarikat kontraktor terlibat.

"Dalam projek ini, syarikat Zenith Contruction bersama China Railway Contruction Corporation Bhd., akan memegang ekuiti sebanyak 70 peratus dengan modal berbayar RM3.5 juta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment