My Add

Friday 22 March 2013

DAP Pulau Pinang dibidas gagal tarik pelaburan

GEORGETOWN, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Barisan Nasional (BN) negeri membidas kegagalan Kerajaan DAP Pulau Pinang menarik pelaburan ke negeri ini sehingga menyebabkan kedudukan ekonominya terjejas.

Ahli Jawatankuasa BN negeri, Ong Thean Llye pada sidang medianya di sini, hari ini, berkata tahun lalu, Pulau Pinang hanya mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM2.47 bilion berbanding RM7.14 bilion pada 2011.

Sehubungan itu, Thean Llye berkata, pihaknya mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan langkah yang bakal diambil kerajaan negeri bagi menarik pelabur ke Pulau Pinang. - BH

No comments:

Post a Comment