My Add

Wednesday 13 March 2013

DAP tanding Parlimen Bentong

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Mac, 2012: DAP dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang apabila berjaya 'merampas' kembali Parlimen Bentong daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu terbukti setelah Presiden Himpunan Hijau, Wong Tack diumumkan sebagai calon di kerusi parlimen tersebut melalui tiket DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, Parlimen Bentong merupakan kerusi tradisi parti tersebut sehingga diberikan kepada PKR pada pilihan raya umum lalu.

"Keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak ada masalah berhubung perkara ini. Kita sudah capai persetujuan.

"Jika Wong Tack boleh menang di kubu kuat MCA itu, saya yakin kita sudah menumbangkan Barisan Nasional (BN), sekali gus menawan Putrajaya," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP di Jalan Pudu, di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Bentong kini disandang oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang telah mengalahkan calon PKR, G. Ponnusamy dengan majoriti 12,549 undi.

Akhbar berbahasa Cina dan beberapa portal berita sebelum ini melaporkan Wong Tack telah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan untuk membakar kilang nadir bumi Lynas Corporation Sdn. Bhd. di Gebeng, Kuantan sekiranya kilang itu tidak ditutup selepas pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, pencalonan Wong Tack akan menggerakkan kempen menutup kilang Lynas di Gebeng, sekali gus menjamin pemuliharaan dan keselamatan alam sekitar di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment