My Add

Monday 4 March 2013

Desak polis ambil tindakan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM, ZUHARMAN MOHD. NOR, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI, TOREK SULONG, MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR, IFQDAR RAHMAN, ZAMZURINA AHMAD dan SAFINA RAMLI

 *SEBANYAK 13 NGO mengadakan perarakan sambil melaungkan bantahan
 terhadap Tian Chua yang menuduh insiden tembakan di Lahad Datu sebagai
konspirasi UMNO di bandar Kuantan, Pahang, semalam.

KUALA LUMPUR, AHAD, 03 Mac, 2013: Pelbagai pihak di seluruh negara tampil membuat laporan polis dan demonstrasi bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mendakwa pertempuran kumpulan penceroboh dan pihak berkuasa di Lahad Datu, Sabah kelmarin, adalah ‘sandiwara UMNO’ untuk menakut-nakutkan rakyat.

Pada masa sama, mereka juga membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap ‘dalang’ di sebalik insiden pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu.

Di Taiping, laporan dibuat Barisan Nasional (BN) Bahagian Taiping yang diwakili Ketuanya, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini, pukul 10 pagi ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment