My Add

Tuesday 12 March 2013

Digesa buat ujian poligraf

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
 KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Mac, 2013: Bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim digesa membuat ujian poligraf iaitu pengesanan pembohongan sekiranya tidak mahu melakukan sumpah laknat sebagaimana yang didesak pelbagai pihak.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, ujian tersebut penting bagi mempertahankan dakwaan konon anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

"Ujian ini sangat perlu bagi menyokong dakwaan beliau yang tidak mahu bersumpah mubahalah bagi menafikan sumpah Saiful terdahulu yang turut disaksikan beliau.

"Masyarakat inginkan kepastian kerana keliru dengan tindakannya apabila muncul dengan dakwaan terbaharu termasuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR),'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment