KOTA KINABALU, AHAD, 10 Mac, 2013: Pada masa ini, nama 'Jamalul Kiram' adalah yang paling dibenci oleh setiap penduduk negara ini terutama di Sabah kerana tindakannya mengarahkan pengikutnya menceroboh dan membunuh pasukan keselamatan di Lahad Datu dan Semporna.
Kerana berkongsi nama sama, seorang rakyat Sabah, Jamalul Kiram Datuk Mohd. Zakaria (gambar) menerima pelbagai ugutan dalam laman sosial termasuk Facebook dan blog, menggesa supaya beliau dan keluarganya dimusnahkan.
Lebih teruk lagi apabila status dalam Facebook dan blog itu yang turut memuatkan gambar rumah dan calet peranginan perniagaan keluarganya di Kundasang, Ranau dekat sini, turut dikongsi dan disebarkan oleh orang ramai yang melayari laman berkenaan.
Jamalul Kiram, 56, bekas pengurus besar wilayah Sabah dan Sarawak di sebuah bank menafikan sekeras-kerasnya fitnah dan tohmahan yang disebarkan itu sambil menegaskan bahawa beliau adalah warganegara Malaysia yang taat dan setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Sabah, Perlembagaan Persekutuan, negeri serta negara ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment