My Add

Thursday 14 March 2013

Dua buah balai polis dibina di Semporna - Hishammuddin

 *HISHAMMUDDIN Tun Hussein mendukung adik Siti Asrah Duasan dan berbual
 dengan para penduduk Kampung Senallang Lama ketika melakukan lawatan ke
 kampung itu, di Semporna, Sabah hari ini. - UTUSAN

SEMPORNA, RABU, 13 Mac, 2013: Kerajaan akan membina dua buah balai polis di daerah ini dalam usaha memastikan keadaan keselamatan terpelihara dan terjamin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, balai polis berkenaan akan dibina di Pulau Bum Bum dan Pulau Mabul.

Selain itu katanya, pos kawalan akan dibina di Kampung Senallang Lama bagi memantau keselamatan kampung berkenaan.

Pada 3 Mac lalu, penduduk Kampung Senallang Lama dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki dipercayai pengganas Sulu yang menawan kira-kira 60 penduduk. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment