My Add

Tuesday 12 March 2013


Dua 'Datuk Sulu' bergaduh di restoran ditahan polis

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
HULU LANGAT, ISNIN, 11 Mac, 2013: Ketika negara dikejutkan dengan pencerobohan pengganas Sulu di Sabah, lain pula berlaku di sini apabila dua kumpulan yang diketuai dua lelaki yang dikurniakan gelaran 'Datuk' oleh Kesultanan Sulu bergaduh sesama sendiri di sebuah restoran di Teras Jernang, Bangi di sini kelmarin.

Pergaduhan melibatkan 20 lelaki bersenjatakan parang itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika dua Datuk berkenaan bersama pengikut masing-masing datang ke restoran tersebut untuk berbincang mengenai status satu projek di Sungai Merab, Sepang yang terbengkalai.

Kedua-dua Datuk yang berusia 30-an dan 40-an itu, masing-masing aktif dalam dunia politik dan perniagaan perlancongan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, seramai 12 orang termasuk dua Datuk tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment