My Add

Saturday 23 March 2013

Dua pelancong diculik lelaki badwi bersenjata di Mesir

KAHERAH, SABTU, 23 Mac, 2013: Dua pelancong asing, seorang lelaki rakyat Israel manakala seorang wanita rakyat Norway diculik sekumpulan lelaki bersenjata badwi di semenanjung Sinai dekat Mesir, semalam.

Menurut polis, enam lelaki bersenjata memintas kereta yang dinaiki pelancong itu dan memaksa mereka menaiki trak yang mereka gunakan.

Pasangan itu difahamkan sedang dalam perjalanan antara pusat peranginan selatan Taba dekat kawasan bersempadan Israel dan Dahab. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment