My Add

Saturday 23 March 2013

DUN Negeri Sembilan terbubar automatik 26 Mac ini

SEREMBAN, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Urusan pentadbiran negeri ini akan tetap berjalan seperti biasa meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik pada 26 Mac ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembubaran DUN itu hanya melibatkan kuasa politik yang dipegang oleh wakil rakyat yang dipilih dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, namun kuasa pentadbiran negeri masih wujud sebagai kerajaan sementara.

"Kerajaan sementara mesti ada untuk menjaga kepentingan rakyat sehingga pilihan raya umum diadakan dan kerajaan baharu yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan.

"Tetapi dalam tempoh DUN dibubar sehingga pilihan raya, kerajaan sementara akan menjaga negeri. Rakyat mesti faham perkara ini sebab jangan nanti ada yang persoal kenapa Menteri Besar masih ada selepas DUN bubar," katanya dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment