My Add

Thursday 21 March 2013

Ekonomi terus diliberalisasikan

Oleh Fadzil Zainol
KUALA LUMPUR, RABU, 20 Mac, 2013: Liberalisasi ekonomi akan terus dilaksanakan secara berperingkat berikutan kejayaan beberapa aktiviti di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan semalam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan akan terus berhubung dengan pelbagai pihak untuk membuka pasaran Malaysia, khususnya terhadap penyertaan asing.

"Kita sedang menilai pelbagai sektor yang boleh diliberalisasi.

"Namun segala rancangan itu (liberalisasi) akan dilaksanakan mengikut kemampuan kerajaan dan mendapat pandangan pelabur domestik," katanya kepada pemberita selepas pembentangan prestasi ETP dan Program Transformasi Kerajaan (GTP), di sini semalam.

Menurut Mustapa, prestasi 2012 sangat membanggakan dan berharap momentum itu dapat dikekalkan pada tahun ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment