My Add

Thursday 21 March 2013

Ekonomi terus kukuh 2013
 
 *DR ZETI Akhtar Aziz menunjukkan buku Laporan Tahunan Bank Negara
 Malaysia pada sidang akhbar mengenai prestasi kewangan negara 2012 di
Kuala Lumpur, semalam.

Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN
KUALA LUMPUR, RABU, 20 Mac, 2013: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang kukuh sekitar 5.0 hingga 6.0 peratus tahun ini, didorong oleh permintaan domestik dan pemulihan sektor luaran selepas merekodkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus pada 2012.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pelaburan swasta dijangka terus berkembang kukuh didorong oleh pertambahan kapasiti oleh syarikat-syarikat berorientasikan domestik dan eksport.

Bagaimanapun, penggunaan swasta dijangka sederhana pada separuh kedua tahun ini walaupun sektor tenaga kerja dan pendapatan terus memberi sokongan positif. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment